Monday, 15 May 2017
BENGKEL DIGITAL CLASSROOM ANJURAN SMK TAMAN RIA, TUARAN DAN GEG PAPAR, SABAH...
Semoga Bengkel ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang...link untuk borang BORANG PENDAFTARAN
Wednesday, 12 April 2017
MAPC 2017
Hari ini adalah Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang untuk sesi 2016 sekolah kami. Sangat letih rasanya sekarang sbb ditugaskan sebagai 'Floor Manger" dalam MAPC kali ini. Syukur alhamdulillah semua berjalan lancar, kecacatan sikit2 memang ada, itu perkara biasa dalam sesuatu majlis. Kerjasama semua pihak merupakan kekuatan sekolah kami. Pelajar-pelajar pun terkawal sepanjang majlis.
MAPC kami ini dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul, namun Datuk Perasmi terpaksa keluar awal kerana ada tuntutan kerja lain lagi....
MAPC kami ini dirasmikan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Hajah Maimunah Haji Suhaibul, namun Datuk Perasmi terpaksa keluar awal kerana ada tuntutan kerja lain lagi....
Saturday, 8 April 2017
Sekolah Terbaik Membudayakan PA21 Negeri Sabah (Kategori Sekolah Menengah)
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan rezeki ini kepada kami. Selaku penyelaras PA21 sekolah, saya memegang tanggungjawab yang begitu besar selama ini. Saya menganggap jatuh bangunnya PA21 sekolah bergantung pada saya...Tekanan memang tinggi namun Alhamdulillah masih mampu mengharunginya. Pengetua menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk merancang dan melaksanakan segala idea yang ada dalam otak, Namun, saya bertuah kerana turut mendapat bantuan tinggi dari segi idea dan tenaga oleh team legasi PA21, guru-guru, warga pelajar, serta AKS . Selain itu, lawatan demi lawatan kami terima dengan hati yang terbuka.. kami berkongsi ilmu apa-apa yang kami tahu....Akhirnya kami dapat Anugerah Sekolah Terbaik Membudayakan PA21 peringkat negeri Sabah pada 7hb April 2017..terima kasih JPNS atas pengiktirafan ini.
Wednesday, 5 April 2017
Kejohanan Catur MSSD Tuaran 2017
SMK Taman Ria, Tuaran menjadi Tuan Rumah Kejohanan Catur MSSD Tuaran 2017 yang dijalankan selama dua hari iaitu dari 4/4-5/4/2017. Pertandingan tersebut dijalankan di dewan sekolah dengan disertai oleh 11 sekolah sekitar daerah Tuaran.
Monday, 3 April 2017
E-latihan Topikal Sejarah Kertas1:Tingkatan 5
Saya share sini E-latihan Topikal Sejarah Kertas 1:Tingkatan 5 pula. Untuk yang ini saya dibantu oleh bekas anak murid tersayang, Jamaliah Ondong. Dia kata, dia ikhlas membantu cikgu.. Tqvm kerana sentiasa sudi membantu cikgu,,๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
E-Latihan Topikal Sejarah Kertas 1 : Tingkatan 4
BERIKUT INI ADALAH E-LATIHAN KERTAS 1 SEJARAH TINGKATAN 4. SEMOGA BERMANFAAT UNTUK CALON-CALON SPM. INI ADALAH HASIL KOLABORASI SAYA DENGAN BEKAS PELAJAR SAYA, IBRAHIM NOEL. DIA SANGAT BANYAK MEMBANTU SEPANJANG PENGHASILAN BAHAN INI..๐๐๐๐๐๐
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
Exit Ticket
Exit tiket merupakan penilaian berbentuk edaran kertas (borang kecil) yang diberikan oleh guru kepada pelajar selepas aktiviti pdpc berakhir dalam kelas (sebelum guru keluar). Para pelajar memberi pendapat tentang sejauhmana kefahamannya terhadap tajuk pdpc kali itu samada dalam bentuk ayat atau melalui icon muka (bergantung kepada bentuk exit ticket yang disediakan oleh guru). Selepas mereka mengisinya, guru akan memungutnya kembali dan membaca komen pelajar (boleh juga dimasukkan dalam kotak yang dikhaskan). Guru akan membantu pelajar-pelajar yang masih tidak faham semasa kelas akan datang ataupun membantunya di luar waktu pdpc yang formal.
Melalui kajian dalam internet , exit ticket ini boleh dijadikan bahan yang ditampal di parking lot dalam kelas (exit ticket parking lot), namun tidak sesuai dibuat sebegini kiranya ruang parking lot di dalam kelas terhad..
Link berikut merupakan penerangan tentang exit ticket>>>Exit ticket
Link idea bentuk exit ticket Pelbagai jenis exit ticket
Melalui kajian dalam internet , exit ticket ini boleh dijadikan bahan yang ditampal di parking lot dalam kelas (exit ticket parking lot), namun tidak sesuai dibuat sebegini kiranya ruang parking lot di dalam kelas terhad..
Link berikut merupakan penerangan tentang exit ticket>>>Exit ticket
Link idea bentuk exit ticket Pelbagai jenis exit ticket
eRPH @ FROGVLE๐ธ SMK Taman Ria, Tuaran, Sabah by Kamisah Khamis
eRPH @ FROGVLE๐ธ
โน️Laman ini adalah sharing amalan eRPH di SMK. Taman Ria Tuaran Sabah menggunakan Pelantar FrogVLE๐ธ melalui konsep ๐จ'Hotel, ๐Kaunter dan ๐Suite' dan 'MyBIODATA ' sebagai BRG @ Virtual PBPPP sejak Ogos 2015. Asasnya Google Drive๐ป
https://telegram.me/SM4RTerPH
#saya bantu kongsi sebagai rakan setugas di sekolah yang sama...
โน️Laman ini adalah sharing amalan eRPH di SMK. Taman Ria Tuaran Sabah menggunakan Pelantar FrogVLE๐ธ melalui konsep ๐จ'Hotel, ๐Kaunter dan ๐Suite' dan 'MyBIODATA ' sebagai BRG @ Virtual PBPPP sejak Ogos 2015. Asasnya Google Drive๐ป
https://telegram.me/SM4RTerPH
#saya bantu kongsi sebagai rakan setugas di sekolah yang sama...
Koleksi E-latihan Soalan Tahun-tahun lepas Sejarah SPM Kertas 1 (2009 - 2016)
Sunday, 2 April 2017
Ciri-ciri pelajar Abad 21
Berikut pula adalah ciri murid / pelajar abad 21 yang perlu ada pada setiap pelajar. Tidak mustahil ciri-ciri ini ada pada mereka kerana mereka akan sentiasa dibimbing oleh guru dan rakan lain. Selain itu mereka juga adalah kanak-kanak dan remaja zaman moden yang lebih terdedah dengan pelbagai ilmu melalui media massa khususnya internet.
Enam Ciri Guru Abad 21
Dunia pendidikan era 21 harus diperjuangkan...Tugas guru semakin mencabar... Bersabarlah wahai guru-guru...Gambar ini adalah ciri guru abad 21 yang perlu dijadikan panduan oleh guru-guru era 21 ini. Guru yang menyayangi kerjayanya, akan menjadikan panduan ini sebagai sesuatu yang positif.
Enam ciri guru abad 21 |
Saturday, 1 April 2017
Cikgu Roslinah Winda / RWM
Subscribe to:
Posts (Atom)